23 February 2017

"DIA MAMPU SARA SAYA" - JIHAN NAFI TANGGUNG SUAMI



Pelawak, pengacara dan pelakon Jihan Muse, 34, menafikan dirinya itu menanggung suaminya yang juga pelakon, Ungku Hariz Faizal, 32, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Tegas Jihan yang bakal menyambut ulangtahun pertama perkahwinannya pada 20 Mac depan itu, orang luar tidak layak mempersoalkan kemampuan Ungku Hariz untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami melainkan dirinya sendiri.

Klik untuk gambar besar




"Sehingga hari ini kami tak ada masalah. Soal nafkah juga tiada masalah, makan, minum, pakai semua cukup. Apa yang patut dia beri semua tak ada masalah. Ungku Hariz mampu sara Jihan," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran program bual bicara 'Jihan Show' kendaliannya.

Tambah Jihan atau nama penuhnya Nur Jihan Musa, dia juga tidak bersetuju jika pihak luar menilai kebahagiaan rumah tangga berdasarkan pendapatan mereka.

Ia disebabkan Jihan kelihatan lebih banyak menonjol dalam bidang lakonan dan pengacaraan berbanding suaminya itu.

"Rezeki siapa yang lebih... itu hal masing-masinglah," katanya.



Jelas Jihan lagi, sebagai isteri yang bekerjaya, dia juga mempunyai tanggugjawab untuk tidak menyusahkan pasangan dengan pelbagai permintaan yang tidak munasabah.

"Saya bukan wanita yang high maintenance. Saya tak guna barangan mewah, saya lebih gemar memilih gaya streetwear. Tapi kalau saya berkeinginan barangan yang mahal, saya ada duit dan boleh beli sendiri," ujarnya.

Sementara itu bercerita mengenai perancangan keluarga, Jihan memberitahu bahawa dia sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata.

"Saya tidak merancang, tapi kami menunggu rezeki untuk dikurniakan anak. Saya tak kisah bila-bila pun," tuturnya.








Sumber: mStar
Foto: Jihan Muse IG



         ________________________





No comments: