23 February 2017

SHAHROL SHIRO MAHU BESARKAN 'ISKANDAR RIZQI' DI KAMPUNG



Isteri kepada Shahrol Shiro, Anna Danisha atau nama sebenarnya Nor Farhanah Syamimi, 27, menerusi laman Instagamnya telah mendedahkan nama anak lelaki mereka selepas dua minggu melahirkannya.

Shahrol dan isteri telah memilih nama 'Iskandar Rizqi' buat anak sulung mereka yang dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor pada 8 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar




Menerusi gambar yang dimuatnaik malam semalam, isteri Shahrol turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana sentiasa berada disisinya sepanjang proses kelahiran, walaupun tidak dibenarkan masuk ke bilik bersalin kerana bayi mereka lahir pra matang.

Menurut Shahrol, Iskandar Rizqi dilahirkan pra matang ketika kandungan Farhanah berusia 35 minggu, dengan berat hanya 2.1 kilogram. Ini kerana mengikut jangkaan doktor, Farhanah sepatutnya bersalin pada pada 15 Mac ini.

Tambah Shahrol, dia bercadang untuk membesarkan Iskandar Rizqi di kampung halamannnya, Kluang, Johor.



"Saya dan isteri berasal dari sini dan selepas berkahwin kami memang tinggal di sini (Kluang). Rumah ibu saya dan mertua hanya 10 kilometer saja jaraknya.

"Saya juga bercadang untuk membesarkan bayi kami di kampung kerana lebih selesa menetap di kampung berbanding Kuala Lumpur," katanya.

Untuk makluman, bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua bagi Shahrol dan pertama bagi Anna. Sebelum ini, Shahrol pernah dikurniakan anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu. Shahrol berkahwin dengan Anna pada 18 Mac 2016.


Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: