20 February 2017

LUAHAN DI TWITTER: "TINDAKAN BIADAP MEREKA BUAT SAYA MARAH" - SHARNAAZ



Sepanjang minggu lepas, kecoh di media sosial mengenai pelakon Sharnaaz Ahmad yang mengeluarkan kata-kata agak kasar di akaun Twitternya yang berbaur sindiran terhadap seseorang sehingga dirinya dikecam.

Bagaimanapun jelas Sharnaaz, segala luahan perasaan 'pedih' yang dilontarkan olehnya di Twitter itu bukan ditujukan kepada pelakon Fattah Amin kerana dia tidak ada menyebut secara langsung nama sesiapa pun.

Klik untuk gambar besar




Namun begitu, Sharnaaz dalam kenyataan terbarunya berkata bahawa punca amarahnya juga berkaitan dengan netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitkan namanya dan orang disekeliling beliau dalam isu #Lofattah.

"Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.



"Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu," kata Sharnaaz

Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan beliau mempunyai sebarang perselisihan faham dengan Fattah. Namun, Sharnaaz mengakui beliau tidak selesa dengan Fattah kerana terdapat aura negatif daripada pelakon berkenaan.

Ditanya adakah beliau menyesal dengan tindakannya, Sharnaaz enggan memberikan komen lanjut. Sharnaaz memberitahu beliau sudah memohon maaf kepada keluarga bakal mertuanya kerana tidak mahu isu panas ini berpanjangan.




Sumber: Hip Berita Harian



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...