20 February 2017

13 FOTO - SUASANA BIRTHDAY PERTAMA SI KEMBAR SEPASANG EINA AZMAN



Semalam (19 Februari) merupakan tarikh dimana anak kembar sepasang Eina Azman, Arianna Aubrey dan Karl Kareef genap setahun usia mereka.

Sempena hari istimewa itu, Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah mengadakan majlis sambutan hari lahir buat anak kembar mereka di sebuah hotel di ibu kota.

Klik untuk gambar besar




Majlis yang diadakan secara sederhana tapi cukup meriah dengan bertemakan Hawaii itu telah dihadiri oleh saudara mara, teman rapat serta barisan rakan selebriti yang lain.

Gambar sekitar majlis yang dikongsikan oleh mereka di laman Instagram itu telah mendapat perhatian peminat di atas kecomelan pasangan kembar tersebut. Bukan itu sahaja, malah ada juga peminat yang mengimpikan kehidupan seindah Eina.

Apa pun, semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia dan dipermudahkan segala urusan.
























Foto: teddyfilm.co



         ________________________





No comments: