01 March 2017

29 JULAI INI - HANS ISAAC KAHWINI BEKAS RATU CANTIK, GABRIELLA



Akhirnya Hans Isaac, 46, mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 29 Julai ini deangan si gadis yang berjaya mencuri hatinya ialah Aileen Gabriella Robinson, 28, yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan.

Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki status Hans yang sebelum ini sering dikaitkan dengan beberapa orang selebriti melayu seperti Neelofa dan Erra Fazira.

Berita gembira tersebut dikongsikan Hans yang ditemani Gabriella menerusi satu sidang media khas di sebuah hotel.

Klik untuk gambar besar




Difahamkan, Hans dan Gabriella telah pun mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura.

"Saya sudah melamar Gabriella pada Januari lalu di The Cathedral of the Good Shepherd Church di Singapura. Gereja tersebut merupakan tempat yang istimewa untuk saya kerana ibu bapa saya melangsungkan perkahwinan di situ.

"Kami bertemu pada tahun 2011. Saya menjadi juri untuk pertandingan ratu cantik yang Gabriella sertai. Selepas itu, kami tidak pernah bersua.



"Selepas beberapa tahun, kami berjumpa dan bersahabat. Setahun yang lalu, kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

"Dia sahabat baik saya, kami mengambil masa untuk berkenalan dan saya yakin dia adalah orangnya. Dia seorang yang baik dan saya sudah bersedia untuk menjadi suri hatinya.

Pastinya para peminat gembira mendengar berita ini. Tahniah buat Hans dan Gabriella dan semoga segala perancangan pasangan sama cantik dan sama padan ini berjalan dengan lancar.








Sumber: mStar
Foto: mStar & Hans Isaac IG



         ________________________





No comments: