Takziah kami ucapkan buat keluarga pelakon dan pengacara Ary Malik atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 7.17 petang semalam pada usia 46 tahun.
Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya.
Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Klik untuk gambar besar
Penyakit Ary mula dikesan sejak setahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju.
Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad.
Doktor sebelum ini turut mengesyaki barah yang dihidap Ary merebak ke bahagian kepala.
Jenazah Ary selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota kira-kira pukul 12.40 pagi Rabu (hari ini).
Pada era 1990-an, Ary yang juga kakak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Flora Cinta iaitu Min Malik itu dikenali dek kepetahannya mengacarakan program hiburan popular iaitu MTV serta Muzik-Muzik.
Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Utusan & mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment