14 March 2017

4 GAMBAR - AMIRA OTHMAN DI TANAH SUCI, TUNAI UMRAH



Baru-baru ini, bintang 'Abang Bomba I Love You', Amira Othman telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Sebelum ini, Amira berkata yang beliau teruja mendapat rezeki menunaikan umrah biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon.

"Saya anggap ia bukan rezeki, tarikh tawaran bertindih dengan jadual umrah. Namun, saya teruja dan berbesar hati untuk mengerjakan umrah buat pertama kali.

Klik untuk gambar besar




"Selama ini, saya banyak mendengar cerita teman-teman selain melihat gambar yang dimuat naik di laman sosial. Kali ini saya pula dijemput-Nya," katanya kepada BH Online.

Amira berkata, pada mulanya dia bercadang membawa ayah menunaikan umrah.

"Namun, selepas dinasihatkan doktor atas faktor kesihatan ayah, saya pilih adik, Sadiq Azizi Othman menemani saya," katanya.






Foto: Amira Othman IG



         ________________________





No comments: