22 March 2017

AL-FATIHAH - BAPA MERTUA AYU RAUDHAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat pelakon Ayu Raudhah atas pemergian bapa mertuanya, Abd Radzak Salleh, 68, yang meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban kerana penyakit berkaitan usus.

Difahamkan, Allahyarham yang menghidap asma dimasukkan ke HTJ, petang kelmarin selepas mengadu tidak sihat.

Menurut anak ketiga Abd Radzak, Mohd Zafran berkata, penyakit berkaitan usus ayahnya dikesan ketika doktor melakukan pemeriksaan pada malam tadi dan arwah sepatutnya menjalani pembedahan hari ini.

Klik untuk size besar




"Bagaimanapun, keadaan tidak mengizinkan untuk pembedahan itu dilakukan dan ayah meninggalkan kami buat selama-selamanya," katanya.

Kata Mohd Zafran, ayahnya meninggalkan seorang isteri, Azizah Arshad, 64 dan tujuh orang anak.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rashibah Indah, Sikamat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said, pagi hari ini.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: