22 March 2017

ISU BAKAL BERCERAI - ISTERI PERTAMA ADI PUTRA 'KUNCI MULUT'



Sehingga he hari ini, berita mengenai penceraian pelakon Adi Putra dan isteri pertamanya, Aida Yusof masih hangat diperkatakan dan dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Pelbagai spekulasi juga mula timbul mengenai rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, baik Adi mahupun Aida, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan.

Namun, Aida menerusi akaun Instagramnya ada memuatnaik kapsyen yang mengatakan dirinya difitnah. Dalam status itu, Aida tidak menyebut gerangan individu yang memfitnahnya.

Klik untuk gambar besar




"Fitnah ialah niat, kata-kata dan tindakan jahat seseorang yang didorong oleh nafsu dan perasaan dengki terhadap orang lain yang tak bersalah.

"Fitnah biasanya disebarkan dengan menggunakan kata-kata manis dan helah yang bijak sehingga orang-orang yang mendengarnya menyangka perkara-perkara yang diperkatakannya itu benar," ujar Aida memetik kapsyen yang dimuatnaiknya.

Apa pun masalah Adi dan Aida, kami harap mereka berdua tidak terlalu mudah berputus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Akan ada dugaan daripada pelbagai pihak untuk meruntuhkan kebahagiaan di dalam perkahwinan tetapi cubalah untuk menyelesaikan setiap perkara dengan cara yang baik.




Sumber: Utusan



         ________________________





No comments: