23 March 2017

14 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN HAFIZ HAMIDUN & JOY REVFA



Kira-kira jam 3.20 petang semalam, pemyanyi Hafiz Hamidun telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya yang merupakan seorang ibu tunggal, Joy Revfa Sofia.

Dalam majlis yang diadakan di The Venue Shah Alam itu, ibu Hafiz, Laila Sarji telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad.

"Saya kenal dia selama empat minggu. Dalam tempoh itu, hampir setiap hari kami berhubung melalui telefon dan Whatsapp namun hanya empat kali berjumpa.

Klik untuk gambar besar




"Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, saya yakin Joy adalah wanita yang sesuai sebagai suri hati. Dia mempunyai aura sebagai wanita yang tabah," katanya.

Majlis pertunangan yang diadakan serba ringkas itu menyaksikan pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran. Ketika majlis itu, Hafiz turut hadir dalam busana berwarna peach sedondon dengan tunangnya.

Terdahulu, Joy sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini sudah berusia tiga tahun.

Untuk pengetahuan, Hafiz dan Joy bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


























Sumber: mStar
Foto: Hafiz Hamidun IG, Joy Revfa Sofia IG, @arteffectsint & @aziegraphy



         ________________________





No comments: