09 March 2017

AL-FATIHAH - BAPA RUHIL AMANI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat penyanyi Ruhil Amani atas pemergian bapanya, Hussein Ali yang meninggal dunia tengah malam Rabu akibat jangkitan kuman.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya dan akan dikebumikan di Sungai Sekamat Kajang pada 10.30 pagi Khamis.

Berita kematian Hussein, yang lebih dikenali sebagai Pak Hussein di kalangan rakan-rakannya dimaklumkan oleh anak sulungnya, Ruhil Shafinaz melalui satu pesanan mesej WhatsApp.

Klik untuk gambar besar
Ruhil Amani




"Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tercinta kami Hussein bin Ali baru saja menghembuskan nafas terakhir dengan tenang sebentar tadi di Hospital Putrajaya," tulis Ruhil Shafinaz.

Difahamkan, Pak Hussin banyak membantu artis-artis jalanan suatu ketika dulu seperti M.Nasir dan Nasir Jani dengan rumahnya sering menjadi tumpuan ramai artis untuk mencari rezeki.

Allahyarham Hussein meninggalkan balu, Hassah Hassan dan tiga orang anak iaitu Shaiful Asnawi, Ruhil Shafinaz dan Ruhil Amani.

Allahyarham merupakan seorang penggiat seni dan pernah menjadi Pengarah Projek Khas syarikat rakaman Life Rekod.

Ruhil Amani dan Ruhil Shafinaz merupakan dua selebriti adik-beradik tanahair.

Ruhil Amani popular dengan lagu 'Kawan', ciptaan Ramli Sarip pada era 80-an manakala kakaknya Ruhil Shafinaz merupakan bekas pengacara Wanita Hari Ini, sebuah program terbitan TV3.


Sumber: mStar & Utusan



         ________________________





No comments: