20 March 2017

BAKAL BERKAHWIN DENGAN JOY REVFA - HAFIZ HAMIDUN NAFI KERANA HARTA



Penyanyi Hafiz Hamidun sebelum ini mengumumkan bahawa beliau bakal mengahwini pengasas produk kosmetik terkenal dan kaya, Joy Revfa Sofia yang dikenali menerusi empayar MERVE Cosmetics. Sejak dari itu, ramai yang beranggapan Hafiz cuma ingin menumpang kesenangan bakal isterinya itu.

Ketika dilemparkan dengan tuduhan sebegitu, Hafiz menegaskan beliau sedikit pun tidak mempunyai niat untuk mengambil kesempatan terhadap Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, kerana sejak dahulu menginginkan pasangan hidup yang pandai di dalam bidang perniagaan.

Klik untuk gambar besar




"Sebenarnya saya sendiri tak kenal dan tidak mengetahui siapa dia pada peringkat awak. Jadi kalau ada tuduhan yang mengatakan saya menumpang kesenangan dia, anggapan tersebut tidak betul sama sekali.

"Sejak dahulu saya memang mencari pasangan hidup yang pandai berbisnes. Saya juga mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan tak mungkin mahu lagi menumpang orang lain. Jadi, bila bertemu dan ada keserasian, kami lanjutkan sahaja ke pernikahan," kata Hafiz.

Menurut Hafiz, beliau tidak ingin ambil pusing dengan segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Setiap perkara negatif sedikit pun tidak akan menjadi kudis kepada dirinya.






Sumber: Utusan
Foto: Hafiz Hamidun IG & Joy Revfa Sofia FB




         ________________________





No comments: