20 March 2017

"PEGANG SEKEJAP JE" - UQASHA JAWAB ISU PEGANG TANGAN SHAH ISKANDAR



"Saya terkejut juga bila ramai yang melenting marah dengan saya kerana isu pegang tangan itu," kata pelakon Uqasha Senrose mengenai dirinya yang sekali lagi dihimpit kontroversi dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen apabila berpegangan tangan dengan Shah Iskandar.

Ini kerana umum mengetahui bahawa pelakon kelahiran Singapura itu sudah berkahwin dengan Siti Sarah Mohd Noor pada 16 Januari tahun lalu.

Enggan isu ini terus berpanjangan, Uqasha yang mengakui ada memegang tangan Shah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon lelaki itu.

Klik untuk gambar besar




"Saya akui memang ada pegang tangan dia, tetapi bukannya dalam keadaan terlalu mesra atau seperti pasangan kekasih. Ia berlaku cuma sekejap sahaja pun.

"Sejujurnya saya dengan Shah sudah lama berkawan baik dan hubungan kami sudah umpama adik-beradik. Kebetulan pula kami selalu digandingkan bersama ketika berlakon dan kemesraan itu sekadar kawan sahaja.

"Jadi saya rasa kelakar juga bila ada yang cuba menjadikan ia isu. Mungkin mereka tak tahu saya ini macam mana dengan Shah," jelasnya.

Pada masa yang sama, Uqasha memohon maaf sekiranya perlakuannya itu menimbulkan salah faham ataupun menyinggung mana-mana pihak. Uqasha berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan terus memanjangkan isu terbabit.








Sumber: Utusan
Foto: @leenzakaria, Uqasha Senrose IG & Shah Iskandar IG



         ________________________





No comments: