02 March 2017

BAKAL ISTERI DITUDUH CURANG - HANS ISAAC LUAH RASA BENGANG



Datuk Hans Isaac yang baru-baru ini mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas ratu cantik, Aileen Gabriella Robinson tidak lama lagi, telah menerima ujian yang agak berat dan menjatuhkan maruah dirinya dan bakal isteri.

Ini kerana ada seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook mendakwa, beliau merupakan teman lelaki Gabriella dan kedua-dua mereka saling berhubung antara satu sama lain sehinggalah dua hari lepas.

Apa yang pasti, tindakan dan dakwaan lelaki berkenaan terhadap Gabriella telah mendapat pelbagai reaksi berbeza di laman sosial.

Klik untuk gambar besar




Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Hans menerusi akaun Instagramnya menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Menurut Hans, hubungan Gabriella dan lelaki berkenaan sudah lama berakhir dan segala apa yang ditulis di laman sosial hanya cubaan untuk mencari perhatian ataupun publisiti murahan dan sengaja ingin memburukkan nama bakal isterinya itu.

"Very unfortunate that some guys can't respect others on such a happy day for gabby and me. When one has ended a relationship years ago and to damage the reputation for other on social media. When it's a day thats important to gabby and me, is uncalled for.



"This guy has probably nothing going on for him that he need to seek the attention on social media. Damaging the good name of the person I love is uncalled for. All I can say is that I feel sorry for this guy. He need a life. Kesian.

"Anyway I'm getting married guys 😁😬😬😬😬😬😬 be happy for gabby and me. Salam Sayang to all who support us and are spreading good vibes. We only want happiness and love with everyone around us.

We shared yesterday announcement as we appreciated what all my fans and supporters have done for me the past many years. Thank u semua. Love u all for ever .

Semoga majlis pasangan ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Dugaan yang mendatang pastinya membuatkan ikatan semakin kuat, bukan?






Foto: Hans Isaac IG & mStar



         ________________________





No comments: