03 March 2017

JENAZAH TAN SRI JINS SHAMSUDDIN SELAMAT DIKEBUMIKAN



Kira-kira jam 10 pagi semalam, jenazah seniman legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridzuan.

Sebelum itu, jenazah dimandikan di kediamannya sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Jenazah kemudian dibawa ke tapak perkuburan. Hampir 1,000 orang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, dan anak-anak menyaksikan upacara pengebumian bersama lebih 1,000 sanak-saudara, kenalan dan teman artis.

Klik untuk gambar besar




Antara yang hadir Sasterawan Negara Tan Sri A.Samad Said, Datuk Yusof Haslam, Norman Hakim, Zul Ariffin, M.Nasir, Datuk DJ Dave, A.Galak dan ramai lagi.

Allahyarham yang berkecimpung lebih 60 tahun dalam bidang seni, meninggal dunia dipercayai akibat sesak selepas menikmati minum petang ketika dalam perjalanan ke sebuah klinik di Taman Melawati di sini, kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.




Sumber: Berita Harian & Media Hiburan
Foto: Berita Harian



         ________________________





No comments: