03 March 2017

ANAK BAZLI (UNIC) HIDAP KANSER LYMPHOMA



Siapa sangka sikecil yang comel ini sebenarnya menghidap kanser lymphoma yang sering membuat hatinya membengkak.

Begitulah nasib anak kepada anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan, 33, iaitu Muhammad Syahid, 3, yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Syahid yang menjalani rawatan kimoterapi dilihat agak lemah kesan daripada rawatan itu. Sebelum disahkan menghidap kanser, dia mengalami bengkak kecil di bahagian leher pada hujung 2016 lalu.





"Selain lemah, dia juga mual-mual dan doktor memaklumkan itu adalah normal untuk pesakit yang menjalani kimoterapi," ujar Bazli dipetik sebagai berkata.

"Ketika itu saya membawa Syahid ke lima klinik dan semua doktor di klinik itu mengesahkan ia adalah beguk dan mereka memberikannya ubat.

"Bagaimanapun, bengkak itu berlarutan dan saya membawanya pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah dan menjalani rawatan selama lima hari di pusat perubatan di sana. Ketika itu doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di bahagian yang bengkak itu," tambahnya.



Katanya lagi, dia akhirnya membawa Syahid kembali semula ke Kuala Lumpur dan menjalani rawatan di pusat perubatan di Damansara dan Hospital Sungai Buloh.

"Ketika di Hospital Sungai Buloh, muncul satu lagi bengkak di bahagian bawah ketiak Syahid dan dia kemudian dihantar ke HKL. Di HKL doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser.

"Letih pesakit melawan penyakit dan letih penjaga menjaga pesakit. Saya perhati suasana katil-katil dan bilik-bilik lain. Rupanya ada yang lagi hebat diuji berbanding saya. Kini saya telah menjiwai apa makna Berat mata memandang berat lagi bahu memikul," jelasnya.

Untuk info, Syahid adalah anak hasil perkahwinan Bazli dengan isterinya, Asiah Abu Bakar, 27.

Sehubungan itu, pada anda yang sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban Bazli sekeluarga, anda boleh salurkan bantuan ke akaun Bank Islam, 12225020263355 atas nama Muhammad Syahid Bazli Hazwan.


Sumber: Harian Metro / Foto: Bazli IG



         ________________________





No comments: