03 March 2017

AL-FATIHAH - PAKCIK JALUD KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat keluarga Ventriloquist pertama Malaysia, Sheikh Mahadi Ahmad Baladram atau lebih dikenali dengan nama Pakcik Jalud, yang meninggal dunia akibat sakit tua jam 11 pagi semalam.

Allahyarham yang dikenali ramai pada era 70-an dan 80-an meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Penghibur 'ventriloquist' adalah bercakap tanpa membuka mulut atau suara dari perut.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 70 tahun itu adalah orang pertama memiliki bakat sedemikian di negara ini.

Klik untuk gambar besar




Menurut anak angkatnya, Aminuddin Ahmad Nasir, 29, Allahyarham meninggal kerana sakit tua dan semput di rumahnya di Bandar Tun Razak, Cheras.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, selepas disembahyangkan di Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.

Menerusi temubual bersama media sebelum ini, beliau berkata, boneka popularnya yang diberi nama Jalud itu dibeli di Amerika Syarikat pada harga RM300.

Beliau bagaimanapun membuat sedikit penambahan ke atas boneka terbabit seperti menambah gigi hadapan, gaya rambut dan pakaian.

Selain Jalud, Mahadi juga mempunyai sebuah lagi boneka yang diberi nama Dr Al-Latah.

Allahyarham memulakan kerjaya sebagai penghibur selepas menjadi finalis Bakat TV RTM 1978. Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam dunia lakonan menerusi Mami Jarum arahan Prof Datuk Dr Razak Mohaideen.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: