03 March 2017

'PENCURI HATI' AKHIRNYA DUDUKI CARTA 4 RADIO INDONESIA



"Alhamdulillah. Pencuri Hati dah masuk carta beberapa radio di Indonesia dan terus bermain di radio-radio di sana. Malah saya dapat maklum balas positif apabila lagu tersebut masuk ke carta empat stesen.

"Selain itu, ramai peminat Indonesia yang menulis komen positif di Instagram dan video muzik lagu tersebut selepas saya membuat rangka promosi beberapa hari di sana," ujar Ayda Jebat mengenai lagu Pencuri Hati versi dangdut selepas pihaknya menjalankan promosi di Jakarta dan Bandung pada Februari lalu.





Untuk info, Muzik video versi dangdut yang dimuat naik pada 1 Desember lalu kini memcecah lebih 3 juta tontonan di YouTube.

"Insya-Allah, saya lihat perkembangan semakin baik dan sekarang saya sudah ada kelab peminat di Indonesia. 



"Pihak pengurusan ada perancangan untuk menjalankan promosi di beberapa tempat lagi seperti Jogyakarta dan Surabaya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ayda berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis pelancaran drama mini '3 Gadis Manis' di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam. 


Sumber: Mstar / Foto: Ayda IG



         ________________________





No comments: