24 March 2017

GEMPAK - KEDUA-DUA ISTERI, ADI PUTRA SAHKAN SUDAH BERCERAI



Kita semua sedia maklum mengenai pengolakan rumah tangga pelakon Adi Putra yang sebelum ini hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Terkini, Adi menerusi laman Instagramnya telah mengumumkan berita yang agar mengejutkan dimanakan beliau mengesahkan sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

Penjelasan itu sekaligus menjawab segala teka-teki mengenai status rumah tangga pelakon itu.

Klik untuk gambar besar




"Ramai yang bertanyakan mengenai status rumah tangga saya. Di sini saya ingin nyatakan, saya tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan Aida dan Shahida (Norshahida).

"Kepada rakan media yang saya hormati, tiada apa-apa kenyataan lagi untuk diberi. Dan berilah penghormatan kepada Aida dan Shahida supaya tidak diganggu. Terima kasih," tulisnya di akaun Instagram selepas desas-desus pergolakan rumah tangga beliau.

Manakala baru-baru ini pula, ada laporan mengatakan Adi telah membuat pendaftaran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk bercerai dengan isteri pertamanya pada awal Mac lalu.



Hasrat itu bukanlah kali pertama berlaku, malah jelasnya lagi keputusan itu telah dibuat secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Sekitar penghujung tahun lalu juga, wujud gosip mengatakan hubungannya dengan bekas isteri kedua, Norshahida, berdepan masalah, namun beliau menafikan perkara berkenaan.

Terdahulu, Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida atau Zuhaidah Yusof pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan anak apabila Aida sering kali mengalami keguguran namun mempunyai seorang anak angkat iaitu Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Manakala pada Jun lalu, Adi telah berkahwin sekali lagi dengan Shahida yang merupakan janda anak satu. Pelbagai spekulasi mula tercetus apabila Aida tidak mengetahui perkara itu.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan. Kedua-dua mahligai perkahwinan yang dibina oleh Adi akhirnya roboh jua. Sama-sama kita doakan yang terbaik.


Foto: Adi Putra IG



         ________________________





No comments: