23 March 2017

TOLAK TAWARAN BERLAKON - ZIANA ZAIN MAHU FOKUS PADA ANAK



Impian peminat ingin melihat Ziana Zain berlakon nampaknya buat masa ini agak tipis kerana penyanyi tersebut mahu menumpukan perhatian pada keluarga, nyanyian dan bisnes tudungnya.

Menyentuh soal keluarga, seperti mana yang kita semua sedia maklum, dia amat mengambil berat soal anak-anaknya.

"Anak-anak sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

Klik untuk gambar besar




"Tawaran berlakon itu ada, termasuklah daripada Datuk Yusof Haslam sendiri, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana takut tidak boleh memberi komitmen.

"Saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Lalu, saya perlu pantau apa yang mereka buat, contohnya dalam soal melibatkan media sosial.

"Anak-anak tidak minat main dan tidak ada akaun Instagram, FB dan sebagainya. Cuma mereka main games atas talian saja.

Itu pun, saya tanya juga permainan apa yang mereka mainkan. Bimbang nanti mereka buat yang bukan-bukan," jelas Ziana yang turut memasang impian untuk melancarkan album baru setelah sekian lama tidak muncul dengan album solo.






Sumber: Media Hiburan
Foto: Ziana Zain IG



         ________________________





No comments: