16 March 2017

HAFIZ HAMIDUN SAHKAN JOY REVFA SOFIA BAKAL ISTERINYA



Teka-teki yang mengatakan pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad, Joy Revfa Sofia atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin merupakan bakal isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun telah terjawab sudah apabila perkara itu disahkan oleh bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu.

Hafiz, 33, berkata yang beliau bakal menikahi wanita berstatus ibu tunggal berusia 30 tahun itu pada 1 Mei depan, bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai bakal isterinya dan akan membuat sidang media pengumuman khas serta majlis bertunang pada 22 Mac ini.

Klik untuk gambar besar




"Insya-Allah, saya akan umumkan secara rasmi di majlis sidang media yang akan diadakan di Shah Alam. Lokasinya, saya akan umumkan nanti," katanya.

Menurut penyanyi lagu 'Jodoh Berdua' itu, dia dan bakal isterinya saling mengenali satu sama lain sejak dua bulan lalu.

"Perkenalan kami bermula sejak dua bulan lalu. Mungkin tidak terlalu lama, tetapi proses perkenalan antara kami akan diteruskan selepas bernikah," jelasnya.



Hafiz turut memaklumkan bahawa majlis persandingan akan berlangsung pada 1 Julai bersamaan 7 Syawal manakala satu lagi majlis di kampung sebelah pihak lelaki di Perak akan berlangsung pada 7 Julai.

Hafiz juga memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan bakal isteri sekaligus mengharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya harap peminat akan mendoakan agar perjalanan rancangan saya berjalan dengan lancar," tuturnya.


Sumber: Harian Metro
Foto: Hafiz Hamidun IG & Siti Arifah Amin / Joy Revfa Sofia FB



         ________________________





No comments: