16 March 2017

TAHNIAH - AMYRA ROSLI DISAHKAN HAMIL SELEPAS MENGADU SAKIT PERUT



Amyra Rosli yang mengadu sakit perut sehingga terpaksa dibawa ke hospital itu telah memberi petanda baik kepadanya apabila aktres itu disahkan hamil tujuh minggu sekaligus memberikan kejutan kepada peminat mereka yang selama ini menanti.

Berita kehamilan ini dikongsi Amyra yang memuatnaik gambar dirinya di atas katil bersama suami dengan emoticon botol susu. Emotican itu sudah cukup memberi gambaran bahawa pasangan ini bakal menimang cahaya mata.

Menurut suaminya Amar Baharin, dia mengetahui berita gembira itu selepas isterinya mengadu sakit perut sejak malam tadi (Selasa) sehingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital swasta di ibu negara bagi mendapatkan rawatan.

Klik untuk gambar besar




"Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.

"Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut," ujar Amar ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Amar berkata, doktor menasihati agar isterinya itu berehat selama dua minggu untuk kebaikan kandungannya.



"Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat. Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan.

"Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang," jelasnya.

Untuk makluman, pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera.






Sumber: mStar
Foto: Amyar Rosli IG & Amar Baharin IG



         ________________________





No comments: