05 March 2017

ISU AQASHA & ISTERI: GELAR 'BETINA' - CHE TA KENA KECAM



Semua sedia maklum mengenai luahan isterinya kepada Aqasha, Baizura Sabri yang kini menjadi perhatian warga laman sosial malah menimbulkan pelbagai reaksi. Bagaimanapun gambar tersebut sudah pun digambarkan Baizura sendiri.

Berdiri di atas dasar simpati dan memahami perasaan seorang wanita, ramai pengikut Instagram dan juga barisan selebriti yang memberi kata semangat dan motivasi kepada Baizura termasuklah Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta.

Klik untuk gambar besar




Bagaimanapun, dek kerana menggunakan istilah 'betina' bagi menggambarkan wanita yang menjadi punca pergolakan rumahtangga Baizura tersebut membuatkan segelintir pengguna laman sosial kurang senang malah ada yang mengatakan apa yang diperkatakan Che Ta adalah keterlaluan.

Kisah isteri Aqasha mula menarik perhatian orang ramai apabila dia memuatnaik gambar perbualan didakwa sebagai perbualan di antara suaminya bersama seorang juga selebriti tempatan. Tidak tahan dengan situasi yang dihadapinya lalu Baizura meluahkan perkara tersebut di Instagram.



Selain itu, isteri kepada Zain Saidin ini juga ada berkongsikan gambar di Instagram yang menyentuh isu merampas suami orang ini.

Sehingga kini pendedahan Baizura turut membawa pelbagai spekulasi terhadap selebriti wanita yang dimaksudkan. Bagaimana penghujungnya, kenalah kita tunggu sama-sama ya?










Foto: Rozita Che Wan IG & Baizura Sabri IG



         ________________________





No comments: