21 March 2017

ISU KOMEN 'BETINA' - CHE TA NAFI DITUJUKAN BUAT RITA RUDAINI



Sebelum ini, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini ada meninggalkan komen di laman Instagram milik isteri kepada pelakon Aqasha, Baizura Sabri berhubung masalah rumah tangganya.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah Che Ta telah menggunakan istilah 'betina' merujuk kepada wanita yang didakwa sebagai punca masalah rumah tangga Baizura dan Aqasha. Dek kerana komen itu, Che Ta telah dikecam teruk oleh netizen.

Menerusi beberapa spekulasi, nama Rita Rudaini didakwa sebagai wanita yang dimaksudkan sebagai orang ketiga antara Baizura dan Aqasha.

Klik untuk gambar besar




Oleh itu, ramai yang tertanya adakah Che Ta sebenarnya sengaja menujukan komen tersebut kepada Rita. Adakah mereka berdua juga sebenarnya berbalah?

"Sejujurnya, saya tidak tahu siapa sebenarnya orang yang dimaksudkan. Saya tak tahu langsung hujung pangkal cerita. Saya juga tidak mengenali siapa Baizura.

"Sebagai wanita, saya rasa tersentuh membaca luahan hati Baizura serta memahami perasaannya sebagai isteri dan ibu. Saya memahami perasaan wanita lain yang suaminya digoda.



"Ingin saya jelaskan yang saya tak tahu secara terperinci apa yang sedang berlaku. Siapa yang terlibat dalam hal ini pun saya tak tahu pada mulanya kerana saya memberikan komen secara general menerusi sudut pandang seorang wanita.

"Saya sendiri tiada isu dengan Rita. Saya tak pernah jumpa dengan Rita dan tak pernah berlakon dengan Rita. Saya tiada sebab mahu mengata atau mahu menujukan komen itu kepada Rita kerana saya sendiri tak tahu siapa yang dimaksudkan," jelasnya.

Dalam masa sama, Che Ta akui beliau sudah serik untuk meninggalkan sebarang komen sebelum membaca serta meneliti cerita yang sebenar.




Sumber: Astro Gempak
Foto: Rozita Che Wan IG



         ________________________





No comments: