28 March 2017

"JIKA ANAK TAK TERIMA AYAH MEREKA, JANGAN TUDING JARI" - RITA RUDAINI



Kisah mengenai Rita Rudaini dan juga bekas suaminya, Aidil Zafuan, nampaknya sehingga kini masih belum berakhir apabila Rita baru-baru ini mengakui bahawa bekas suaminya itu tidak mempedulikan tentang anak anaknya.

"Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya.

"Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak.

Klik untuk gambar besar




"Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain. Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri.

"Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong 'cover' ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya," katanya kepada majalah InTrend.

Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu tugas yang mudah, namun kita ketahui aktres ini agak kuat semangatnya dalam membesarkan dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.








Sumber: InTrend Malaysia



         ________________________





No comments: