28 March 2017

AL-FATIHAH - ANAK ANGKAT KEDUA AZHARINA KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat penyanyi Azharina Azhar atas pemergian anak angkat keduanya, Rizqie Azharin Azhar yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Berita sedih tersebut dimaklumkan oleh Azharina menerusi laman di Instagram miliknya.

"Dari DIA Kita Datang PAda DIA Kita pulang . Jenazah Rezkie Azharin Azhar akan dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong Selangor selepas Asar ini. Al Fatehah semoga Allah mencucuri Rahmat Atas Rohnya," maklum Azharina di IGnya.

Klik untuk gambar besar




Pada malam Ahad lalu, anak angkat kedua Azharina itu dimasukkan di hospital berkenaan selepas diserang demam panas dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya kritikal.

Kata Azharina, Rizkie yang dilahirkan pada 5 Mac lalu itu mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua buah pinggang.

Jenazah Rizkie akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 14 Puchong selepas solat Asar hari ini.

Selain Rizkie, Azharina turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah yang kini berusia 3 tahun.






Sumber: mStar & Azharina Azhar IG
Foto: Azharina Azhar IG & @sudyrtahir



         ________________________





No comments: