28 March 2017

1 APRIL INI - AMMAR TITAN NIKAHI BEKAS TUNANG



Kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana... Demikian halnya dengan pelakon dan pengacara, Ammar Titan apabila mengumukan bakal mengakhiri zaman bujang dengan bekas tunangnya pada 1 April ini.

Menurut Ammar, dia bersyukur kerana bekas tunangnya menerima lamarannya dan dia juga berkata akan menjadi suami yang terbaik buat bakal isterinya itu.

Klik untuk gambar besar




Difahamkan, majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan secara tertutup di Dengkil, Selangor dan hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga sahaja.

Siapa sangka hubungan yang pernah terputus di tengah jalan beberapa tahun lalu akhirnya kembali bersatu semula.

Tahniah diucapkan dan kami mendoakan segala urusan yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.


Sumber: Harian Metro
Foto: Ammar Titan IG



         ________________________





No comments: