14 March 2017

KAD KAHWIN SHARNAAZ & PASANGAN BERTATAHKAN BATU SWAROVSKI



Kita semua sedia maklum bahawa Sharnaaz Ahmad dan pasangan Noor Nabila bakal disatukan sebagai suami isteri pada 31 Mac ini.

Menerusi laman Instagram Sharnaaz, beliau dilihat berkongsi gambar persiapan ketika menjalankan sesi merakam gambar pra-perkahwinan dengan kapsyen rasa terujanya itu.

"19 days to go, makin hari makin lawaaa and may Allah berkati perhubungan ini dan masjid yang bakal di bina.. kita manusia Cuma hambanya.. yang tak elok kita perbaiki #sharnaaznabila," kata Sharnaaz di IGnya.

Klik untuk gambar besar




Menerusi entri tersebut di IG Sharnaaz, ruangan komennya dihujani ucapan tahniah dan peminat turut mendoakan hubungan pasangan sama cantik sama padan itu kekal bahagia hingga ke jannah.

Sementara itu, Nabila yang juga pengusaha butik Neelofar Hijab menerusi IGnya telah berkongsi sebuah video memaparkan kad jemputan perkahwinan mereka yang mewah bertatahkan batu Swarovski.

Sharnaaz dan Noor Nabila berkenalan pada tahun 2015 dan pada Disember 2016, kakak kepada pengacara MeleTop itu dirisik aktor tampan tersebut.




Foto: Sharnaaz Ahmad IG & Noor Nabila IG



         ________________________





No comments: