13 March 2017

9 GAMBAR - MAT DAN SELAMAT NIKAHI PRAMUGARI



Tahniah diucapkan buat personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu iaitu Mat Dan atau nama Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 28, yang telah selamat diijabkabulkan petang semalam dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Difahamkan, wanita pilihan Mat Dan itu berusia 20-an dan merupakan seorang pramugari.

Majlis akad nikah pasangan ini dilakukan secara tertutup selepas solat Asar di Bukit Chendering.

Klik untuk gambar besar




Sebelum berlangsung pernikahan, majlis pertunangan pasangan ini telah diadakan pada sebelah pagi. Dalam majlis tersebut, ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya.

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuklah ibu-bapa Mak Dan yang datang dari Bristol England iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler.

Hasrat Mat Dan untuk merahsiakan majlis pertunagannya itu gagal selepas gambar-gambarnya menjadi tular pada tengah hari iaitu beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan.

Mat Dan fasih bercakap loghat Terengganu sejak berkunjung ke negeri itu pada tahun 2009 untuk bercuti. Mat Dan popular dalam rancangan travelog siaran Astro Prima iaitu 'Mat Dan Kaki Jalan'.










MAJLIS PERTUNANGAN MAT DAN & PASANGAN







Sumber: mStar & Astro Gempak



         ________________________





No comments: