13 March 2017

DILABEL JANDA GILA GLAMOR: "SAYA TAK KISAH" - ELLY MAZLEIN



Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein ataupun lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom telah dilabelkan sebagai 'janda gila glamor' kerana mencari publisiti murahan apabila sering meluahkan perasaannya di media sosial.

Sering menjadi mangsa kritikan netizen, Elly memberitahu bahawa beliau tidak begitu mempedulikan segala cacian itu.

"Janda gila glamor? Eh, saya sukalah gila glamor! Adakah salah untuk saya rasa macam tu? Bagi saya seseorang artis, bila dah duduk dalam industri ni memang kena ada perasaan mahu gila glamor.

Klik untuk gambar besar




"Eh tak kisah lah orang nak kata saya ni apa pun,gila glamor ke, drama queen ke, saya okey saja dan saya suka dengan gelaran seperti itu.

"Kalau difikirkan dari satu sudut, bukan senang juga nak dapat gelaran macam tu bukan, jadi saya harus rasa gembira," katanya.

Dalam pada itu, Elly menafikan beliau kini bersikap lebih sinikal. Jelas Elly, sikapnya masih lagi sama dengan dirinya dahulu, cuma didalam kelembutan ada juga sedikit kerasnya ketika bicara.

"Sekarang, saya cakap saja apa yang saya nak cakap. Bukan apa, dulu, saya selalu kena. Sekarang saya rasa diri saya makin kuat disebabkan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya dah harungi selama ini.

"Dalam erti kata lain, saya ni dah tak larat nak jaga hati orang lain sebagaimana yang saya selalu buat dulu," jelasnya.


Sumber: Utusan



         ________________________





No comments: