13 March 2017

NIKAH MEI DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL ISTERI HAFIZ HAMIDUN



Kita semua sedia maklum bahawa penyanyi Hafiz Hamidun bakal mengakhiri zaman bujang dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal sebelum Ramadan iaitu pada bulan Mei depan.

Walaubagaimanapun, Hafiz masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi teman hidupnya itu.

Namun, menurut satu sumber, bakal isteri Hafiz bukanlah calang-calang orangnya. Wanita itu seorang yang agak terkenal dan berjaya dalam bidang kosmetik. Wanita itu ialah Siti Arifah Amin ataupun lebih dikenali sebagai Joy Revfa Sofia.

Klik untuk gambar besar




Jika anda perhatikan gambar dibawah, Hafiz dan Joy menggunakan hashtag yang sama ketika memakluman info mengenai perkahwinan mereka.

Arifah merupakan pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad yang menjual produk kosmetik hasil formulanya sendiri.

Menguatkan lagi dakwaan beliau adalah bakal isteri Hafiz, Joy di dalam biodatanya turut mengakui beliau adalah seorang ibu tunggal satu orang anak.

Emm, bertuah Hafiz memang cun bukan bakal isterinya? Jika benar Joy adalah bakal isteri Hafiz, tahniah kami ucapkan dan semoga majlis dirancang ini berjalan dengan lancar.












Sumber: Beautifulnara



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...