03 March 2017

MENINGGAL DUNIA - JENAZAH M ISHAK SELAMAT DIKEBUMIKAN



Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada penyanyi era 1960-an yang popular dengan lagu Yale Yale, M Ishak yang telah pun meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam semalam (Khamis).

Ishak menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di sebuah hospital di Singapura, akibat penyakit kanser paru-paru.

Jenazah Ishak telah selamat dikebumikan di Geylang Serai selepas solat Jumaat, kira-kira jam 2 petang tadi.

Klik untuk gambar besar




Bergiat dalam arena seni sejak tahun 1950-an dengan mengikut kumpulan muzik membuat persembahan di bawah khemah kerja kahwin, Ishak bermula sebagai pemain dram.

Pada awal 1960-an, Ishak atau nama sebenarnya Mohamed Ishak Shaik Mohamed bersama beberapa rakan menubuhkan kumpulan The Young Lovers.

Tiga tahun kemudian, Ishak menyertai pertandingan kugiran anjuran Sriwana. Bersama kumpulan itu, mereka ditawarkan menghasilkan album dan menghasilkan 23 EP serta dua LP.

Ishak juga pernah bekerjasama dengan Engku Fadillah dan Hamid Buang. Allahyarham meninggalkan isteri, empat cahaya mata dan beberapa cucu.




Sumber: mStar



         ________________________





No comments: