03 March 2017

TAHNIAH - ISTERI HARRIS BABA SELAMAT LAHIRKAN BABY GIRL



Penyanyi dan pelakon Harris Baba telah bergelar bapa apabila isterinya, Nik Naziha Zawawi selamat melahirkan cahaya mata sulung iaitu seorang bayi perempuan pada Rabu lalu.

Berita itu diketahui sebaik rakannya memuatnaik gambar Harris sedang menjalani sesi penggambaran di studio. Pada masa sama menulis kapsyen ucapan tahniah kerana Harris kini sudah bergelar bapa.

Klik untuk gambar besar




"It’s a baby girl," katanya.

Sementara itu di laman sosial Instagram Harris ada berkongsi gambar bersama anaknya namun tidak didedahkan lagi wajah anak itu. Bahagian komen pada gambar tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dan doa baik-baik kepada penyanyi tersebut.

Terserlah betul seri kebapaan Harris tu. Semoga isteri selamat menjalani proses berpantang.










Sumber: Media Hiburan
Foto: Harris Baba IG



         ________________________





No comments: