25 March 2017

SAH HAMIL SEMULA - ABBY ABADI IDAM ANAK KEMBAR



Sekitar tahun lepas, Abby Abadi redha dengan ketentuan takdir apabila dirinya mengalami keguguran sewaktu beliau mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya, Jai Ezzany. Namun, Abby tidak berputus asa dan berdoa untuk hamil lagi.

Hasil kesabaran dan doa, kini Abby disahkan hamil semula dan berita gembira tersebut dikongsi olehnya menerusi akaun Instagram dengan memuatnaik gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan beliau positif hamil.

Klik untuk gambar besar




Menerusi kapsyen, Abby ternyata merasa syukur tidak terhingga dengan kurniaan Allah SWT ini dan sebenarnya mengidamkan untuk mendapat anak kembar.

Ruangan komen di Instagram Abby dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan kesejahteraan Abby dan kandungan.

Alhamdullillah, semoga Abby diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan beliau.






Foto: Abby Abadi IG



         ________________________





No comments: