25 March 2017

FASHA SANDHA AKUI KENALKAN 'SI DIA' PADA ANAK-ANAK



"Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari.

"Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak," kata Fasha Sandha yang sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak enam bulan lepas.

Lebih setahun bergelar ibu tunggal, Fasha berkata yang beliau belum bersedia ingin mendedahkan identiti jejaka berkenaan.

Klik untuk gambar besar




Dalam masa sama, Fasha memberitahu beliau menyasarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk perancangan berkahwin.

"Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.

Mengenai kriteria lelaki idaman, kata Fasha, dia mencari seseorang yang memahami dirinya sebagai anak seni.



"Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

"Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya," ujarnya.

Harapnya, hubungan Fasha dan 'si dia' boleh berkekalan sehingga jinjang pelamin jika ada jodoh. InshaAllah.










Sumber: Harian Metro
Foto: Fasha Sandha IG



         ________________________





No comments: