07 April 2017

16 GAMBAR - SUASANA BIRTHDAY ROMANTIS JEP SEPAHTU



Semalam telah berlangsungnya majlis sambutan awal ulangtahun kelahiran pelawak Jep Sepahtu yang ke-32. Untuk makluman, hari lahir sebenar Jep jatuh pada 9 April ini.

Dalam majlis yang diadakan secara sederhana dan meriah di Stratosphere @ The Roof, pandangan isteri Jep, Sari Yanti bagai tidak lekang memandang sang suami.

Sambutan hari lahir yang diadakan untuk Jep tersebut nampaknya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat pelawak tersebut lebih-lebih lagi apabila bergelar suami.

Klik untuk gambar besar




Walaupun tidak berkongsikan kemeriahan majlis tersebut di laman Instagram mereka namun melalui riak wajah Sari Yanti, jelas terpancar dia sangat teruja dalam meraikan ulangtahun suaminya itu.

Pasangan ini telah selamat disatukan pada 25 Februari lalu dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup.

Apa pun, peminat setia Jep dan juga Sari pasti turut tersenyum gembira dua hati ini bersatu menuju bahagia.






























Foto: dvineplanner & weddingsbybasyir



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...