07 April 2017

ISTERI HAMIL LAGI - FAD BOCEY HARAP DIKURNIAKAN KEMBAR PEREMPUAN



"Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah untuk kami lagi.. adakah kembar girl kali ni???? Hmmmmmm.. Hahahahahahaha," tulis penyampai radio dan pelawak, Fad Bocey di laman Instagram mengenai kehamilan kedua isterinya, Syaheera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman.

Menerusi entri terbaru di laman sosial tersebut, Fad berkongsi gambar imbasan kandungan isterinya sambil berseloroh mahu menimang kembar perempuan.

Menerusi bahagian komen, ramai pengikut di IG Fad mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah atas berita gembira tersebut. Selain itu, peminat juga turut sama-sama mendoakan agar pasangan ini dikurniakan kembar perempuan pula.

Klik untuk gambar besar




Sebelum ini, Fad dan isterinya menimang kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.

Dalam perkembangan lain, Fad bersama kumpulan Bocey masih lagi bertanding dalam persaingan Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017).

Apapun tahniah kami ucapkan dan kalau doa yang dipanjat termakbul untuk Fad dan isteri menimang anak kembar buat kali kedua memang bertuah dan meriahlah keluarga nanti.
















Foto: Fad Bocey IG & Syaheera Rahman IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...