06 April 2017

SOAL TAMBAH ANAK: "TIGA SUDAH CUKUP" - CHE TA



Mungkin harapan Zain Saidin untuk menimang cahaya mata lagi tidak akan kesampaian apabila isterinya, Rozita Che Wan (Che Ta) mengakui beliau berkemungkinan besar enggan lagi mencuba untuk hamil bukan sahaja kerana faktor usia tetapi dari segi ekonomi.

Che Ta yang sering diajukan soalan jika mahu menambah anak lagi memberitahu bahawa beliau sudah cukup bahagia dan gembira dengan tiga anak yang dianugerahkan kepadanya.

"Rasanya tidak (untuk hamil lagi). Saya rasa, lagi ramai anak, semakin bertambah tanggungjawab. Sekarang, semuanya memerlukan duit.

Klik untuk gambar besar




"Jadi, kalau bertambah anak, ia bererti tanggungjawab menjadi semakin besar selain menuntut perhatian sepenuhnya.

"Bagi saya, mempunyai tiga anak sudah dikira sangat baik. Aaisyah (Dhia Rana) pun sudah ada dua abang. Niat saya untuk mempunyai anak perempuan juga dimakbulkan Tuhan dengan kelahiran Aaisyah," ujar Che Ta.

Iyalah, kadang-kadang manusia hanya merancang tetapi rezeki Allah SWT siapa yang tahu?




Sumber: Berita Harian
Foto: Che Ta IG & Zain Saidin IG



         ________________________





No comments: