06 April 2017

PANGGILAN & MESEJ TAK JAWAB - NOORKUMALASARI BIMBANG KEADAAN KAK NITA



"Saya tak pasti sama ada dia sudah bertukar nombor telefon kerana panggilan daripada adik-beradik yang lain juga tidak berjawab.

"Sebelum ini, sesekali dia ada menghubungi kakak saya yang lain memaklumkan perkembangan terbarunya. Ia sedikit-sebanyak melegakan saya," kata pelakon dan penyanyi popular era 1970-an dan 1980-an, Noorkumalasari.

Akui Noorkumalasari, beliau berasa bimbang dengan perkembangan terkini kakaknya yang juga penyanyi popular Anita Sarawak apabila terputus hubungan sejak kebelakangan ini.

Klik untuk gambar besar




Noorkumalasarii, 61, ketika ditemui berkata, dia ada menghantar ucapan ulangtahun kelahiran kepada Anita menerusi aplikasi WhatsApp pada Mac lalu, tetapi langsung tidak dibalas.

Anita meninggalkan pentas seni tanah air pada 2013 apabila membuat keputusan untuk kembali ke Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bersama suaminya yang juga warga Britain, Mohamad Mahathir Abdullah bagi memulakan kehidupan yang lebih privasi dan tertutup.

Anita dilaporkan sudah bersara daripada bidang nyanyian dan kini memberi tumpuan kepada perniagaan hartanah di AS.



Dalam pada itu, Anita juga dikhabarkan sudah bertudung. Bagaimanapun, Noorkumalasari berkata yang beliau pernah bertanya kepada Anita mengenai perkara itu, tetapi penyanyi itu menafikan dia sudah bertudung.

Sebagai seorang adik, Noorkumalasari mendoakan yang terbaik buat Anita dan berharap kesihatannya terpelihara.

"Saya berharap semoga dia sihat di samping suaminya. Paling penting walaupun di negara orang, dia tetap berpegang pada landasan agama Islam.

"Kita kena sentiasa ingat Allah kerana Dia yang beri hidayah untuk kita. Saya sentiasa mendoakan supaya kakak berubah," ujarnya yang baru selesai membintangi telefilem 'Pintu No 9' yang mengangkat kisah bapanya yang juga pelakon legenda, Allahyarham Datuk S Roomai Noor.

Difahamkan, kawan baik Anita pernah mencarinya di Las Vegas tetapi gagal mengesan Anita.

Anita adalah anak hasil perkahwinan Roomai Noor dengan Allahyarham Siput Sarawak.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: