30 April 2017

'99 KATA-KATA' PALING POPULAR DI PBAKL - FATTAH AMIN RANCANG TERBIT DRAMA



"Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri.

"Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan novel," kata pelakon Fattah Amin apabila buku penulisan pertamanya itu diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017.

Yelah... siapa sangka disebalik kecaman dan sindiran orang ramai mengenai penghasilan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen itu kini membuatkan Fattah mampu tersenyum lebar.

Klik untuk gambar besar




Tampil dengan novel 'Wanita Terakhir' yang diangkat daripada single terbaharunya, Fattah berkata, penghasilan karya itu membuktikan beliau bukan bercakap kosong dan melakukan sesuatu tanpa hala tuju.

Menafikan penghasilan novel tulisan Ezza Mysara itu 'menjual' perjalanan kisah percintaannya dengan pengacara dan pelakon jelita, Neelofa, Fattah berkata, ia diilhamkan daripada lagu ciptaan Aizat Amdan serta Mel Ramlan.

"Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya.



"Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan.

"Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi," jelas Fattah.

Dalam masa yang sama, kejayaan buku itu turut sama membuktikan Fattah bukan seorang yang cakap kosong dengan melakukan sesuatu tanpa hala tuju seperti yang didakwa.



Malah dengan pelancaran novel 'Wanita Terakhir', Fattah sudah mempunyai perancangan untuk menerbitkan novel itu ke bentuk drama yang akan dibintanginya sendiri.

Biarpun bertebaran gosip mengatakan lagu pertamanya bertajuk 'Wanita Terakhir', dikatakan ditujukan khas untuk Neelofa selepas hubungan cinta mereka berakhir, namun Fattah menafikan dakwaan itu.

Apapun tahniah diucapkan kepada Fattah yang terus sukses dalam bidang penulisannya. Tak sabar rasanya nak tengok adaptasi drama Wanita Terakhir!








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: