30 April 2017

DISUNTING UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA - SAHARA RASA SYUKUR & TERHARU



Penyanyi yang mendapat jolokan Tina Turner Malaysia iaitu Sahara Yaacob meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impiannya untuk bernaung di bawah syarikat rakaman berpengaruh menjadi kenyataan selepas lebih 40 tahun menjadi anak seni.

Sahara atau nama sebenarnya Zaharah Mohd Yaacob yang disunting Universal Music Malaysia itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Fecebook miliknya.

Klik untuk gambar besar




"Dulu saya teringin untuk bernaung di bawah syarikat rakaman yang mempunyai artis popular seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Datuk Sharifah Aini, Ella dan ramai lagi.

"Saya pernah cuba menyertai syarikat rakaman EMI sebelum diambil alih Universal Music Malaysia pada September 2013. Namun, hanya sekarang saya menerima peluang keemasan ini.

"Pada usia saya 61 tahun, baru peluang itu tiba. Saya hanya mampu memanjat kesyukuran. Lebih 15 tahun meninggalkan dunia seni dan menempuh pelbagai kesukaran, tawaran menyertai label itu membuatkan saya begitu terharu.



"Berkemungkinan besar saya akan muncul dengan sebuah album. Tetapi untuk permulaan, saya akan terlebih dulu merakamkan single baharu sebagai penyuntik semangat sebelum meneruskan perancangan lain," ujar Sahara yang turut berkata bahawa tawaran itu membuatnya berasa bakatnya dihargai.

Sebelum ini, kehidupan Sahara yang penuh kesusahan dan keperitan yang dilaluinya telah didedahkan secara eksklusif.

Sahara ketika itu, mengakui masih bersemangat untuk kembali ke pentas dan membina semula masa depannya selepas melalui penderitaan apabila hidup dalam serba kekurangan.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: