14 April 2017

ADI PUTRA KONGSI MESEJ 'PANAS' ISTERI KEDUA DI IG



Kita semua sedia maklum bahawa pelakon Adi Putra sudah tiada kaitan lagi dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida.

Apabila ditanya mengenai punca beliau mengambil tindakan yang agak drastik dan mengejutkan ramai pihak, Adi bagaimanapun sehingga hari ini masih berkunci mulut berhubung isu itu.

Namun baru-baru ini, Adi telah berkongsi mesej isteri kedua menerusi laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar




Melihat pada mesej di dalam gambar yang dimuatnaik oleh Adi itu, Norshahida mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu yang akhirnya menunjukkan perangainya yang sebenar.

Norshahida juga memberitahu rasa cintanya sudah tiada dan hanya ada kebencian di dalam hatinya kini terhadap Adi.

Menyedari isu ini sudah hangat, Adi akhirnya mengambil tindakan dengan memadam gambar berkenaan.

Buat kami, Adi cubalah menyelesaikan setiap masalah bersama isteri-isterinya dengan baik. Janganlah api berlawan dengan api kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...