10 April 2017

ALAMI JANGKITAN KUMAN PARU-PARU - RIEZMAN KINI BERANSUR PULIH



"Alhamdulillah, saya rasa semakin baik, walaupun badan masih lagi berasa sakit-sakit dan lemah," kata pelakon Riezman Khuzaimi mengenai keadaan kesihatan yang terkini.

Bagaimanapun kata Riezman, meskipun kini beransur pulih, doktor masih membuat pemantauan terhadap tahap kesihatannya dari semasa ke semasa.

"Setakat ini doktor belum beritahu bila saya boleh keluar lagi kerana masih dalam pemantauan dan minta saya banyak berehat," jelasnya yang mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Klik untuk gambar besar




Sebelum ini, elakon filem 'Santau' ini dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada 30 Mac lalu selepas mengadu kurang sihat dan demam berpanjangan.

Sementara itu, Riezman atau nama sebenarnya Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 47, berkata, dia terpaksa melepaskan peluang untuk berlakon dalam drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang sedang menjalani penggambaran.

"Sepatutnya saya mula penggambaran drama dengan Global Station pada hari saya dimasukkan ke hospital minggu lalu. Tapi nak buat macam mana sudah tiada rezeki.



"Sudah lama rasanya saya tidak berlakon, baru ingin mulakan kembali ada halangan lain pula. Tidak mengapalah mungkin sudah tertulis," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Riezman, dia juga mempunyai banyak pekerjaan yang tertangguh disebabkan masalah kesihatan tersebut.

"Banyak juga kerja tertanggu bila sakit begini. Saya sedang sibuk buat persiapan untuk melancarkan produk baru tidak lama lagi," tuturnya.




Sumber: mstar
Foto: Riezman Khuzaimi IG & Roy Azman IG



         ________________________





No comments: