23 April 2017

ANAK KEDUA SELAMAT DILAHIRKAN - LISA & YUSRY TIMANG 'BABY BOY'



"Alhamdulillah. Lisa dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah," demikian kata Yusry KRU mengenai isterinya, Lisa Surihani yang telah selamat melahirkan anak kedua mereka hari ini (23 April 2017).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Yusry atau nama penuhnya Yusry Abdul Halim menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Klik untuk gambar besar




Perkongsian Yusry turut mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya di laman sosial tersebut malah ada yang mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Untuk makluman, Lisa dan Yusry sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan iaitu anak sulung pasangan ini bernama Yahaira Leanne yang dilahirkan pada September 2015.

Tahniah diucapkan dan pastinya kehadiran cahaya mata kedua pasangan ini akan memeriahkan lagi suasana. Apa pun, semoga perjalanan keluarga ini akan dipermudahkan.










www.myartis.com / Sumber & foto: Yusry KRU




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...