23 April 2017

KENA WARAN TANGKAP - NELYDIA SENROSE KONGSI BUKTI BAYARAN CUKAI LHDN



Semua mengetahui mengenai berita dimana pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Nelydia Senrose kelmarin.

Dek kerana tidak senang, Nelydia yang kini berada di kota London itu telah berkongsi gambar resit pembayaran LHDN yang bertarikh 4 April 2017 untuk tahun taksiran 2013, sejurus selepas berita itu tersebar di laman sosial sebagai bukti cukai tersebut telah dijelaskan.

Klik untuk gambar besar




Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsi gambar buki tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Kalau dilihat di ruangan komen, ramai juga yang bengang dengan sistem LHDN yang seolah tidak mengemaskini maklumat pembayar. Namun ada juga yang mempertikaikan ketidakhadiran pelakon terbabit ke mahkamah.

Bagaimanapun, dalam posting yang sama tidak kelihatan pula pembayaran pada tahun taksiran 2009, 2010, 2011 dan 2012 seperti yang didakwa oleh LHDN.



Kelmarin, Nelydia dikenakan waran tangkap akibat tidak menghadirkan diri ke mahkamah selepas menghadapi lima tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi tempoh lima tahun.

Setakat ini, Nelydia masih tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara ini sebagaimana beliau juga tidak berada di Malaysia.

Apapun diharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik jika betul Nelydia sendiri sudah menyelesaikan semua cukai yang tertunggak.






www.myartis.com / Foto: Nelydia Senrose IG




         ________________________





No comments: