"Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia.
"Bagaimana jika suami kita meninggal dunia. Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita.
"Supaya, bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh. Saya bekerja untuk duit saya membeli belah.
Klik untuk gambar besar

"Tidaklah suami kata saya hanya goyang kaki sahaja," kata pelakon Anzalna Nasir yang enggan terlalu bergantung hidup kepada suaminya dan ingin mencari rezeki sendiri supaya tidak terkapai-kapai jika ditinggalkan suami kelak.
Tidak dinafikan kalau lihat perkongsian Anzalna dan suami memang terselah kebahagiaan mereka berdua.
Sebelum ini, dek kerana kerap berkongsi detik kebahagiannya bersama suami di laman sosial, Anzalna didakwa seolah-olah terlalu menunjuk-nunjuk.

Namun pelakon drama 'Memori Cinta Suraya' itu menjelaskan tiada niat untuk dirinya berlagak kepada peminat, hanya ingin menjadikan ia inspirasi buat pasangan lain.
Diajukan soalan mengenai cahaya mata selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada Mohamad Hanif Mohamad Zaki, ini tenang dan tidak mudah melatah.
Katanya, segalanya diserahkan kepada Allah namun tempoh setahun masih belum puas untuk mencurahkan kasih kepada suami.

"Saya tidak merancang sebab katakanlah saya merancang tahun depan, tetapi tidak ada, kami akan kecewa. Saya sekarang bertenang dan nikmati kehidupan.
"Bila orang tanya soal anak, maknanya mereka mengambil berat. Kami tidak boleh rasa tertekan tetapi berasa mereka mengambil berat.
"Ia seperti jodoh, Allah tentukan. Kalau ada, Alhamdulillah. Perkahwinan kami masih awal. Dalam masa setahun ini pun rasa tidak puas bersama suami," ujarnya.





www.myartis.com / Sumber: MMO
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment