20 April 2017

SOROK DADAH DALAM DUBUR, BENJY DITAHAN LAGI



Bagai tidak serik!

Begitulah halnya dengan pelakon dan juga anak kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim yang ditangkap sekali lagi atas dakwaan mengedar dadah. Apa yang menyedihkan, kali ini dia diberkas di Indonesia pula.





Menurut laporan, pihak berkuasa Indonesia telah berjaya mengeluarkan dua paket syabu yang disorokkan di dalam dubur suspek yang pada awalnya mencurigakan.

Benjy diberkas oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan Selasa lalu.



Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang itu menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

"Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

Klik untuk gambar besar


"Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015," ujarnya dipetik melalui portal Detik.

Tambah laporan tersebut, Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana.


www.myartis.com / Sumber: Detik



         ________________________





No comments: