21 April 2017

ISU ANAK DITAHAN DI INDONESIA: "UNTUK APA KE SANA" - BAPA BENJY



"Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke Indonesia kerana tidak mampu, lagi pun untuk apa saya ke sana?" kata bapa kepada pelakon Benjy, Khairil Anwar ZM Rashidi, 65, berhubung anaknya yang ditahan di Indonesia atas dakwaan mengedar dadah.

Ini kerana kata Khairil, beliau tidak mampu untuk ke negara itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan anaknya yang ditahan berhubung kes dadah di Medan, Indonesia.

Khairil atau juga dikenali sebagai Karl diminta mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Klik untuk gambar besar




Dalam masa sama, Khairil berkata yang beliau hanya mengetahui berita tentang penangkapan Benjy selepas dihubungi pihak media dan beliau juga tidak ada sebarang perkara yang harus dijelaskan mengenai kejadian yang melibatkan anaknya itu.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara ini pun selepas mula dihubungi oleh pihak media. Saya tidak ada apa yang hendak dikomen. Saya juga tidak boleh nak bercakap lama kerana tidak sihat," jelasnya yang berada dalam keadaan tidak sihat akibat penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

Benjy atau nama penuhnya, Khaeryl Benjamin, 38, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, Indonesia, kerana cuba membawa dadah jenis syabu seberat 14 gram yang dibeli dan dibawa dari Kuala Lumpur.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: