25 April 2017

BAJU AME 2017 DIKECAM - "SAYA SUKA, IA MENEPATI" - NEELOFA



Pengacara dan pelakon Noor Neelofa sering menjadi perhatian dalam mana-mana majlis apabila mengenakan pakaian yang lain dari yang lain. Ramai yang berpendapat Neelofa yang juga seorang usahawan itu seorang fashionable.

Namun kemunculannya pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME 2017), pada 23 April lalu telah membuatkan ramai keliru dengan pakaian yang digayakan Neelofa. Ada yang berpendapat, padanan T-Shirt dan skirt labuh itu nampak serba tidak kena.

Neelofa yang ditemui selesai majlis berkenaan menjelaskan busana rekaan Fizi Woo yang bertemakan 'young and chic' ini adalah kemahuannya sendiri.

Klik untuk gambar besar




"Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior. Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.

"Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour.

"Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen. Apa yang penting, saya suka dan saya happy," jelasnya.



Sebelum ini, busana yang pernah digayakan oleh Neelofa menerusi AME pertama yang diadakan pada tahun 2014 dan Ame 2015 dikritik.

Pada AME 2014, anak kelahiran Kelantan ini pada ketika itu mengenakan jumpsuit rona merah jambu disamakan dengan karakter adiwira Power Rangers dan gaun kedua yang digayakan pada majlis sama gaun neon hijau turut disamakan dengan karakter Cell dalam siri Dragon Ball.

Kemudian pada AME 2015, pakaian Neelofa sekali lagi dikritik apabila ada sesetengah pihak menyamakan busana rekaan Fizi Woo ini diinspirasikan daripada sotong.



Fizi Woo bagaimanapun dalam satu temubual menjelaskan busana tersebut diinspirasikan elemen bunga ros dan bahan daripada kain Crenoline yang biasa digunakan oleh jenama terkenal Vera Wang dan Elie Saab International.

Menerusi AME2017, Neelofa telah bergandingan bersama Nabil dan Johan mengendalikan tahun keempat anugerah berprestij itu.

Bukan itu sahaja, Neelofa turut diumumkan sebagai pemenang Hos MeleTOP dan Program MeleTOP serta memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).


















www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...