25 April 2017

LUAH RASA SEDIH - PENGIKUT IG RISAU KEADAAN KESIHATAN DATO' SERI VIDA



Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida, 46, tidak dapat menahan sebak dan perasaan telah meluahkannya di laman Instagram berhubung tindakan satu program di stesen televisyen.

Ini kerana program tersebut hanya beberapa kali saja menyebut produknya sedangkan program tersebut adalah di bahawa tajaan usahawan wanita itu.

Selain itu, Dato' Seri Vida juga turut menyatakan tekanan darahnya meningkat sekaligus membuatkan pengikutnya di Instagram risau dan menasihatkan agar dia berehat dan menenangkan fikiran.

Klik untuk gambar besar




"Saya bersemangat pergi ke Mentor Millenia.... Siap promote dalam semua media sosial..

"Saya faham.. Saya akur.. Muka saya tak boleh masuk tv.. Products tak boleh masuk Tv... Tak boleh cakap apa pun.. Saya takpe..

"Tapi kalau nak sebut products pun berkira.. Apa nama Menaja...



"Millenia Champ champ pertaruhan saya tapi sampai ganggu kesihatan saya.. Darah tinggi sampai 185/139..

"Saya tak boleh gamble lagi.. Sayang rasa... Hu hu hu.... tak per la..

Apa pun, semoga Dato' Seri Vida tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang lebih lebih lagi selepas menempuhi dugaan dalam berumah tangga baru baru ini.








www.myartis.com / Sumber & foto: Dato' Seri Vida IG




         ________________________





No comments: